Hello to you all... are you happy right now? Sure... OK... Let me to introduce myself.. I'm Khairrul Adzwan from Malaysia.... I really like to meet actor and actress in the world.. I really want to be professional actor (juz creeping)... About my hobby, i very like to decorate something like landscape, gardening, interior design and so on... I wanna be a kind and good person, honest, proud myself and famous... But I really dislike hypocrite and rotten inside.... So make sure be yourself... Nothing much..!! Hahahahahahahaha....
0

USR @ KUALA KANGSAR

dah lame x ber'blog' rasenye.... dah la x bercuti sem break nie... hhurm... mood cuti pun x terase... family pun raye kat umah... makan Yin Sang (makan besar) je dapat.. yang laen, hampeh...

Ok2... blog kali nie nak mengisahkan mengenai University Social Responsibility (USR@KK)... aha...!!!! agak2 KK tu kt ne??? guess urselve... hahaha... actually, KK tu Kuala Kangsar la... hope thiz USR is the best one... havoc and funky... yang penting lancar dan teratur... USR ni memerlukan dalam 60 orang je... sori la kat KSJ coz thiz USR offer to all KSS student.. tapi.. haaaaaaa... kalo KSJ nak g pun bleh but kene tunggu kalo KSS ramai yang x pergi....

Kat dalam blog nie khairrul malaz nak citer pasal misi visi objektif.. bla..bla... USR nie.... juz nak inform.... maybe 11-15 Mei 2011.... harap2 x de halangan & aral(ceh wahh) yang melintang.... so, malas nak citer banyak pasal USR nie.... nanti leh follow blog & web utk USR nie... hahahaha....

bye3....
0

ARWAH FARHAT ASYRAF...!!!

Sedu sedan yang panjang teringat memorabila silam... sms, call, tangis, tawa, suka, duka, gurau dan senda bersama... "Farhat"... Nama yang pernah terukir sebagai seorang sahabat... tapi segalanya kebahagiaan diragut pada waktu tengahari (lingkungan 12.00 p.m) tanggal 20 Disember 2010... siapa sangka pemergiannya dalam usia yang muda... kini, sms, call, tangis, tawa, suka, duka, gurau dan sendahanya terngiang-ngiang di pemikiran sahaja...

Dalam kemalangan ini, arwah ketika ini sedang menunggang motosikal... dalam perjalanan ini, arwah bertembung dengan sebuah lori yang sedang keluar daripada sebuah simpang... dan sekaligus meragut nyawanya... kecederaan yang dialami arwah agak serius apabila tengkuk dan kakinya patah...

walau apapun yang terjadi, arwah tetap di hati semua yang mengenalinya... arwah telah cuba untuk menjadikan dirinya sebagai seorang sahabat yang terbaik... kehilangan arwah amat dirasai oleh semua yang mengenalinya...

sebagai penghargaan, terimalah segugus Surah Yassin dan sekalung Al-Fatihah khas buat arwah yang disayangi...

p/s: sumber ini diperolehi dari sahabat-sahabat dan kenalan arwah... segala kesilapan harap diamaafi... segala penambahan maklumat adalah dibenarkan...


0

MELANCONG SAMBIL MELENCONG KE SINGAPORE BANDARAYA TEMASIK

Pertemun kali in bukanlah nak cerita panjang, tapi nak cerite pengalaman yang dikira menarik jugak la... hahaha... 1-3 Disember 2010 teciptanya sejarah yang Muff pergi ke Singapore... nak diikutkan nie bukanlah first time pegi situ coz sedare mare ramai yang bersepah kat situ... hahaha... but in this time, my trip is different coz Muff went wif my junior and fwenz... hahaha... best glew... "biar gambar merungkai segalanya" (hahaha... ayat x leh makan... ayat orang malas nak taip...)...

gambar kt bawah nie mase Muff tiba di singapura.... ~oooo, uniknya, uniknya, uniknya, singapura~ hahaha..... teringat lak kt lagu tu... mama cakap kalo pegi situ buat2 jakun... macam x penah pegi... so cara ini telah diperaktikkan...


memang seronok nak digambarkan... terutamanya membuat task berkumpulan.... huh!!! group Muff merupakan group yang paling last... coz kitorang terlalu banyak meleweh....!!!! hahaha.... siap naik MRT lagi... seronok gak... tapi sistem die agak leceh dan memerlukan banyak Sin$... siap ade deposit lak tu... x leh tahan... hahaha...
0

HARI YANG SERBA SALAH...

hari nie aq dah tukar profile nie dengan wajah baru,,,, suke2... malas nak citer panjang...
0

CARA UNTUK BERHENTI MEROKOK

Merokok adalah satu tabiat yang bukan hanya tidak sihat, malah merbahaya dan boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit yang kritikal. Terdapat banyak tips untuk berhenti merokok tetapi majoritinya terdiri dari senarai perkara yang kita harus buat atau sebaliknya yang agak sukar untuk diamalkan. Merokok sebenarnya adalah satu tabiat dan ia mengambil masa untuk diubah. Untuk menghentikan tabiat yang tidak sihat ini, ianya mestilah mempunyai ciri-ciri yang mudah untuk diterapkan dalam kehidupan seharian supaya tidak terasa seperti bebanan yang terlalu berat untuk dilaksanakan.

Berikut adalah tips mudah untuk mereka yang ingin berhenti merokok. Anda boleh cuba semua atau pilih salah satu, tapi ingat ia tentu tidak berjaya tanpa niat yang ikhlas.

1. Selalu Berpuasa.
Amalan berpuasa dari pandangan islam ialah untuk mengawal nafsu dari melakukan maksiat. Apabila berpuasa, kita tidak dapat merokok sekurang-kurangnya 13 jam iaitu dari subuh hingga ke waktu maghrib. Walaupun masih berpelung untuk merokok pada waktu malam, jika kita selalu berpuasa, kita tidak hanya dapat menghentikan tabiat merokok tetapi kita juga dapat beribadah ke jalan Allah. Amalan ini boleh juga diamalkan oleh mereka yang bukan beragama Islam. Cara melawan kemungkaran adalah dengan beribadah.

2. Berikan hadiah kepada diri sendiri.
Tetapkan satu habuan yang harus diberikan pada diri sendiri sekiranya tidak merokok untuk jangka waktu tertentu. Gunakan duit yang sepatutnya digunakan untuk membeli rokok itu untuk membeli habuan yang positif untuk diri anda sendiri. Ataupun sedekahkan sahaja duit tersebut. Tentu lumayan pahala yang bakal diperolehi nanti.

3. Luangkan masa terluang bersama anak & orang tersayang.
Seperti juga ibu bapa kita, tentu kita tidak mahu anak-anak kita merokok bila mereka dewasa kelak. Untuk mencapai matlamat ini kita haruslah menjadi contoh yang positif kepada mereka. Selalunya ibu bapa secara otomatik tidak akan merokok di hadapan anak mereka, terutama anak kecil. Tabiat meluangkan masa terluang dengan anak-anak ini secara tidak langsung dapat mengurangkan malah menghentikan tabiat merokok disambil mengeratkan hubungan kekeluargaan.

4. Aktif bersukan.
Individu yang aktif bersukan selalunya menitik beratkan kesihatan tubuh badan dan menghindari tabiat yang boleh merosakkan diri mereka. Pilih aktiviti sukan yang sihat dan lakukan dengan berkumpulan untuk menambah keseronokan dan motivasi diri.

5. Sibukkan diri dengan kerja amal dan sukarela.
Kita selalu lupa dan tidak bersyukur betapa bertuahnya kita mempunyai kesihatan yang baik. Kita seharusnya mengambil iktibar dari mereka yang dijadikan tidak sempurna atau berpenyakit yang merbahaya. Sertai program-program sukarela seperti di hospital dan persatuan kebajikan untuk melupakan tabiat merokok ini sambil mengambil iktibar dan bersyukur dengan kesihatan diri kita.

ILUSTRASI OLEH KHAIRRUL ADZWAN NUL MUFLIHUN